Cikgu Ain

nurulaindnyal@gmail.com NurulAinDnyal@facebook.com

Refleksi Minggu Keempat

Pada minggu ini, kami belajar bagaimana untuk mengedit gambar-gambar digital untuk dijadikan sebuah album menggunakan perisian 'Picasa 3'. Sangat menarik kerana masing-masing mempunyai gambar sendiri yang ingin dijadikan kenangan. Setelah mengedit gambar-gambar tersebut, kami menyusunnya dalam bentuk 'slide show' yang diikuti dengan lagu dan kata-kata kenangan. Seterusnya, pada minggu ini juga giliran saya membentangkan perisian 'Microsoft Office Publisher' yang digunakan untuk membuat kad nama, kad jemputan atau buku program untuk sesuatu majlis. Saya membimbing kawan-kawan untuk menyediakan brosur sempena Hari Guru yang akan disambut tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment